Friday, June 3, 2011 | By: Si Junior

Tegur Maksiat??Kerja semua orang....

         Ramai orang keluar dan tidak kurang juga ramai orang yang masuk ke dalam LRT  Star yang baru tiba itu untuk ke destinasi masing-masing.Setiap orang dengan ragamnya dan kerenahnya sendiri.Dalam kesibukan itu,tidak ada seseorang pun yang peduli akan apa yang berlaku di sekitarnya.Terdapat pasangan muslim yang bukan muhrim bercumbu-cumbuan sambil duduk di bangku yang disediakan di stesen itu.Seorang lelaki dengan berbaju T berwarna merah jambu dan seorang perempuan bertudung tetapi pakaiannya agak ketat sedikit.Kedengaran suara orang mengutuk perbuatan yang dilakukan itu dan tidak kurang juga ada beberapa orang yang memuji keberanian pasangan itu untuk bercumbuan di khalayak ramai.Namun,apa yang sepatutnya berlaku tidak berlaku.Sepatutnya ada orang yang perlu menegur perbuatan yang mereka lakukan itu,tetapi tidak ada seorang pun yang berani membuka bicara menegur mereka.Keluar ber'dating' pun hukumnya sudah haram apatah lagi bercumbuan-cumbuan dengan yang belum sah menjadi milik kita.

       Tiba-tiba datang seorang lelaki yang sudah lanjut usianya bersama dengan tongkat kayu untuk membantunya mudah berjalan berdekatan dengan pasangan tersebut.Kehadiran lelaki tersebut tidak diendahkan pasangan tersebut sehinggalah lelaki tua itu berkata "anak,tak elok nak buat macam ni.Ini tempat orang ramai.Nampak tak sopan.Lagipun,perkara ni dah boleh termasuk dalam kategori zina kecil.Besar dosanya tau tak..."kata lelaki itu dengan lemah lembutnya..Kemudian lelaki yang bercium dengan perempuan tadi memandang lelaki tua itu dengan mengukir senyuman yang manis kepadanya.Lelaki tua itu pun berasa hairan.Dia ingatkan pasangan tadi tu ingin memarahinya,tetapi diberikan senyuman kepadanya.Dah la tak malu cium depan orang ramai,lepas itu tiba-tiba orang tegur dia,dia senyum pulak.Peliknya.Lalu lelaki itu berkata "terima kasih pak cik.Orang macam pak cik ini la yang saya tunggu daripada tadi.Saya menunggu orang menegur saya tetapi tak ada seorang pun yang tegur melainkan pak cik.Macam mana nak tegakkan syariat islam di muka bumi kalau orang buat maksiat pun tak berani nak tegur..Baiklah pak cik.Saya minta diri dulu.Terima kasih di atas nasihat tadi.Assalamualaikum.." jelas panjang lebar si lelaki tadi.Kemudian dengan sekelip mata pasangan tadi hilang serta merta.Lelaki tua itu pula diam membisu tanpa sebarang kata keluar daripada mulutnya.Dia agak terkejut dengan jawapan yang diberikan kepadanya kemudian berlalu pergi meninggalkan stesen......

                                 ****************************************************

cerita ini saya dapat daripada kawan saya yang kebetulan dia berada di situ dan mendengar perbualan mereka.Sekarang ini,gejala maksiat ini sudah berlaku dengan semakin meluas di serata tempat tidak kira secara terbuka atau tertutup daripada pandangan orang ramai.Ini salah satu masalah berlakunya kerosakan moral remaja zaman kini.Satu lagi masalah untuk membendung masalah ini ialah sikap tidak mengendahkan maksiat yang berlaku di sekelilingnya.Macam cerita di atas tadi,pasangan itu tanpa segan silu bercium-ciuman di khalayak ramai dan tidak ditegur oleh sesiapa pun.Ke mana perginya sifat malu si pasangan tadi berbuat maksiat secara terbuka tanpa segan silu dan ke mana perginya perkataan 'Amar Ma'ruf Nahi Munkar' yang sepatutnya berada dalam setiap jiwa orang muslim..

Membanteras maksiat ini bukan sahaja kerja Jabatan Agama Islam tetapi kerja semua orang islam.Janganlah diharapkan Jabatan Agama Islam sahaja,,walaupun mereka bertanggungjawab sebagai Jabatan Agama Islam untuk menjalankan kegiatan membanteras maksiat secara besar-besaran atau sebagainya.Akhir kata,Nabi Muhammad SAW pernah bersabda " Dari Abi Sa'id Al-Khudri r.a. telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda : "Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka lakukanlah dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah iman"... Maka,renungkanlah dan bertaubatlah bagi yang pernah membuat dosa sebelum bala Allah datang menimpa.....